15 Mar 2018

Kenapa Kucing Memakan Anaknya Sendiri? 4 Sebab Yang Perlu Anda Tahu

Thursday, March 15, 2018 0 Comments

Alangkah luluhnya hati apabila melihat Si Comel memakan anaknya sendiri pada usia bawah daripada 1 Bulan. Tambahan pula anaknya yang comel berwarna putih dengan hidung merah jambu.

"Kenapa dengan kau ni comel! makanan semua aku dah sediakan!" Marah betul Siti pada kucingnya itu. Tak sangka kucing yang begitu manja boleh bertindak ganas dengan memakan anaknya yang masih baru dilahirkan.

Situasi ini sering berlaku kepada pemilik kucing. Sebenarnya ada sebab-sebab secara semula jadi mengapa kucing memakan anaknya atau kadangkala mengabaikan terus sehingga akhirnya anaknya mati kerana kekurangan zat.

Di dalam artikel ini jom kita lihat 4 sebab mengapa kucing bertindak begitu dan bagaimana kita boleh mengelakkan dari berlaku


Sakit atau Kecacatan


Kucing mempunyai deria yang baik dan dapat mengetahui jika salah seekor dari anaknya mengalami masalah. Salah satu sebab mengapa kucing memakan atau mengabaikan anaknya adalah kerana mungkin kitten itu sakit atau cacat.

Tujuan kucing berbuat demikian adalah supaya penyakit itu tidak berjangkit kepada anak-anaknya yang lain.

Jika anda terlihat seekor anak kucing yang sering diabaikan oleh ibunya adalah lebih baik untuk anda keluarkan terus dari kumpulan kitten itu dan menjaganya sendiri dengan memberi susu botol.



Mastitis @ Kesakitan Pada Puting Susu


Salah satu sebab mengapa kucing mengabaikan anaknya adalah kerana dia mengalami masalah infection pada puting susunya. Infection itu boleh menyebabkan putingnya membengkak dan menjadi sangat sakit apabila dihisap oleh anak-anaknya.

Kadangkala kucing akan sengaja tidak memberikan susu kepada anak-anaknya dengan duduk diatas platform yang lebih tinggi yang tidak tercapai oleh anaknya.

Jika anda mengesan masalah ini lebih baik anda membawa ibu kucing tadi ke klinik veterinar bagi memastikan kittens dibawah jagaannya mendapat bekalan zat yang diperlukan oleh badan. Jika terpaksa anda boleh memberikan dahulu susu kepada mereka menggunakan botol susu khas untuk kitten.



Terlalu Banyak Anak 



Jika kucing anda melahirkan anak yang ramai pasti seronok kan.. Namun begitu kucing yang lahir dalam litter yang ramai kadangkala diabaikan oleh ibu mereka. Ini kerana susu yang mampu dibekalkan oleh ibu adalah terhad.

Cara terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan monitor kumpulan kitten yang baru dilahirkan dalam 24 jam.. Jika terdapat 1 atau 2 yang tidak mendapat susu anda perlu untuk memberikan sendiri susu kepada mereka kerana mungkin mereka tercicir dikalangan adik beradiknya yang ramai. Anda juga boleh memberikan kucing anda supplement seperti Brewer Yeast untuk menambahkan jumlah susu yang dihasilkan.



Ibu Terlalu Muda 


Ibu kucing yang terlalu muda mungkin kurang pengalaman dan tidak pandai menjaga anak-anaknya sebaik ibu yang sudah berusia.. Dia masih tidak mempunyai skill keibuan kerana lazimnya kucing yang muda lebih suka bermain.

Oleh itu sebaiknya untuk mengahwinkan @ mating kucing anda pastikan umurnya sudah bersesuaian iaitu sekitar 1 tahun keatas bagi mengelakkan anak yang dilahirkan tidak dapat hidup lama.


Kesimpulannya

Masalah kucing membaham anak ataupun mengabaikan terus sehingga mati dapat diatasi dari awal dengan pemerhatian.. Anda dapat memerhatikan tingkahlaku kucing anda terhadap anaknya seawal 24 jam.. Jika terlihat sesuatu yang pelik lebih baik anda asingkan terus agar tidak dimakan oleh ibunya. Anda juga dapat mengelakkannya dari berlaku dengan melakukan breeding yang bertanggungjawab.. Kembirikan kucing anda atau jika nak juga breed pastikan ianya dilakukan pada umur yang bersesuaian.

Artikel ini disalin daripada Artikel INI
Gambar SINI SINI SINI

14 Oct 2017

Hilangkan Selulit Dengan Pokok Lidah Buaya

Saturday, October 14, 2017 0 Comments
"Strech mark" atau pun selulit bukan hanya ada pada ibu selepas bersalin sahaja. Ianya juga ada mereka yang belum berkahwin. Punca adanya selulit bukan terjadi kerana berat badan, tetapi kandungan lemak di bawah kulit yang terkumpul sehingga memberi tekanan pada tisu-tisu penghubung yang ada permukaan kulit.

Ini antara cara yang boleh korang guna untuk hilangkan selulit atau "strech mark"..

Ambil aloevera/ pokok lidah buaya yang segar..



Tambahkan setengah cawan minyak kelapa..



Rebus hingga mendidih..



Mendidih hingga aloevera menjadi warna seperti gambar dibawah...





Asingkan aloevera dengan minyak yang dimasak tadi..Sapukan pada tempat selulit anda!




Sumber: Healthy beauty tips

Ramai Puji Kegigihan Wanita Ini Berniaga Dari Kereta Ke Kereta

Saturday, October 14, 2017 0 Comments
Lain dari orang lain, kebanyakkan gadis lebih memilih untuk bekerja ditempat yang lebih selesa. Ada yang membuat perniagaan online, tetapi tidak bagi wanita ini. Dia lebih memilih untuk berniaga di lampu isyarat Ukay Perdana. Gambar yang diambil oleh Shamsul Abas ini adalah untuk membantu wanita ini.

Apabila kita berniaga dengan ikhlas, dan berusaha tidak kita rasa malu, dan berkira. InsyaAllah Allah SWT akan bantu kita.. Apa yang penting, jaga keselamatan diri..





ramai puji kegigihan wanita ini berniaga dari kereta ke kereta
Sumber: Shamsul Abas

Lelaki Ini Dicakar Dengan Teruk Tetapi Masih Sayangkan Kucing

Saturday, October 14, 2017 0 Comments
lelaki ini dicakar dengan teruk tetapi masih sayangkan kucing

Orang yang betul-betul sayang kucing memang boleh tahan kalau apa saja kucing buat pada tuan dia. Cakaran, najis kucing, bulu berterbangan apa sahaja yang tidak selesa jika pencinta kucing boleh tahan, mereka pasti seorang yang sangat penyayang.

Lelaki ini telah dicakar oleh kucingnya Bobo di bahagian muka. Bukan cakar biasa, tapi cakar seperti bergaduh dengan kucing? Fuhh kalau tengok sekali memang menyeramkan..

Lelaki ini bernama WR Irman Karman menceritakan pada Hmetro, "Kejadian berlaku pada 7.15 pagi, 30 September lalu, ketika saya berseorangan di rumah. Saya terkejut dicakar, sedikit lagi nak kena mata.

"Masa itu, kucing saya bergaduh dengan kucing jiran dan berlari masuk ke dalam rumah. Secara kebetulan saya sedang berbaring di ruang tamu sebelum dicakar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

"Pada saya kejadian ini tidak disengajakan, biasalah kalau kucing bergaduh. Lagipun, doktor sudah berikan dua suntikan untuk mencegah jangkitan dan saya diberi cuti sakit selama enam hari.

"Ada yang maki saya kerana mungkin mereka ingat saya dera kucing. Bobo saya pelihara sejak kecil seperti anak sendiri, memang tak pernah pukul.

"Macam-macam fitnah dilempar, kata saya pukul Bobo, saya ini penjenayah, bergaduh dengan isteri. Memang tak sedap dibaca," katanya.

Alhamdulillah katanya luka semakin pulih, tetapi masih perlu bertemu doktor untuk rawatan susulan..

23 Jun 2016

Lelaki Menderita Selepas Jalani Rawatan Bekam Setiap Hari Selama Sebulan

Thursday, June 23, 2016 0 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


China, 23 Jun - Akibat menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan, Li Lin,  menderita apabila kesan bekam itu memburuk - dan ia boleh dilihat dari 7 parut besar di belakangnya.

Laporan menyebut, lelaki yang menderita akibat kolestrol tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk berbekam semula.

Li Lin berkata : "Pekerja di pusat rawatan itu menasihati saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit bahu saya".

Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang sama setiap kali rawatan.

Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.


Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius.

Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat 7 parut besar di belakangnya.

Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami sepsis.



Ahli medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di kawasan yang sama kerana ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.

Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.

"Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus pergi rawatan bekam tu", tanya seorang netizen.

"Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mencadangkan dia mengambil rawatan bekam setiap hari", tulis netizen lain. 

4 Feb 2016

Kilang memproses organ manusia yang mengerikan

Thursday, February 04, 2016 2 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Sebuah kilang di Rusia melakukan kerja-kerja mengutip@menuai buah pinggang, kornea mata dan tubuh bahagian manusia lain untuk dijual...

Badan-badan ini dikutip dari pemandu mabuk yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta, orang tinggal bersendirian yang telah dibekukan kepada kematian di musim sejuk, penjenayah atas kematian berturut-turut atau kematian yang tidak dapat dijelaskan dan badan-badan yang tidak dituntut..

Gambar di bawah inimenunjukkan bahawa organ-organ seperti buah pinggang dan kornea dituai untuk dijual pada masa hadapan daripada badan-badan manusia yang dikutip dari pelbagai sumber dan simpanan di persekitaran kilang yang mengerikan dan huru-hara untuk pemprosesan...

Beberapa bahagian badan dan tulang-tulang kaki yang dijual kepada Universiti dalam pelbagai bahagian dunia...

dieksport ke farmasi di Ireland dan Jerman untuk membuat gigi-tampalan yang popular
di Eropah...

Selain Rusia, India juga diketahui menuai bahagian-bahagian manusia untuk eksport..






27 Jan 2016

Inilah Adik-Beradik Selebriti Yang Anda Tidak Tahu Tapi Cukup Terkenal Di Malaysia

Wednesday, January 27, 2016 2 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Inilah Adik-Beradik Selebriti Yang Anda Tidak Tahu Tapi Cukup Terkenal Di Malaysia

Adik-beradik yang bergelar selebriti popular di Malaysia | Jika dilihat di Malaysia, populariti adik-beradik kepada mereka yang bergelar selebriti, sangat berbeza jika dibandingkan dengan industri hiburan luar.

Lihat sahaja adik-beradik Kardashian. Semuanya terkenal dan boleh dikatakan mereka menumpang populariti antara satu sama lain walaupun masing-masing mempunyai kerjaya sendiri.
Namun, berbeza dengan di sini dimana adik-beradik yang bergelar selebriti ini mampu berdiri dengan usaha mereka sendiri.

Memetik Tupai.com, berikut disenaraikan adik-beradik bergelar selebriti popular di Malaysia:


Pierre Andre & Mikail Andre


Adik-beradik ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom “Pi Pi Mai Tang Tu”. Pierre Andre yang mula-mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem “Potret Mistik” pada tahun 2005. Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.


Shamsul Yusof & Syafiq Yusof


Kedua-duanya memulakan kerier sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok-belok dunia perfileman. Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini, mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga pengarah filem. Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah muda ini sudah pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.


Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy


Adik-beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka memang berbakat besar seawal dari kecil. Walaupun Elfira selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi rancangan “Oh! My English”.


Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong


Anak perempuan kepada Ismail Embong ini, memang semuanya cantik-cantik dan berbakat dalam lakonan. Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma sahaja yang dikenali, namun selepas itu, kedua-dua kakak mereka, iaitu Yaya dan Shikin juga mula mencipta nama. Kalau dah adik-beradik, pasti mereka tidak akan terlepas ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun, baru-baru ini industri hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi semuanya sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air dicincang tidak akan putus. Begitulah perghubungan keluarga.


Eira Syazira & Syafnida


Nama pelakon Eira Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang membawakan gadis nerd menerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk menghiasi drama-drama di televisyen. Kini adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3 “Cinta Ilahi”. Selain itu juga, Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai suami isteri. Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni hampir sama dan ramai yang menganggap mereka adalah adik-beradik kembar.


Farid Kamil & Fadzil Zahari


Siapa yang tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, Fadzil juga merupakan seorang pelakon. Pada awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak-jinak sebagai penulis skrip. Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem “Kongsi” dan “Bini-biniku Gangster”. Memang adik-beradik yang berbakat besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti abangnya.


Aliff Aziz & Aishah Aziz



Alif Aziz bukanlah nama yang asing dalam industri muzik Malaysia walaupun dia berasal dari Singapura. Ketampanannya membuatkan namanya mudah mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air. Adiknya, Aishah Aziz yang merupakan bintang kelahiran dari program realiti Akademi Fantasia 2013, kini semakin mendapat tempat di Malaysia. Tidak dinafikan kedua adik-beradik ini mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi dan penghibur.

Sharifah shahira & Sharifah Sakinah



Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika diikutkan, seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an. Kini, seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak langkah kakak-kakaknya sebagai seorang pelakon dan selebriti. Namun berbeza dengan kakak-kakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi ‘gila-gilanya’ di laman sosial miliknya.


Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad


Mungkin ramai yang tidak mengetahui, adik-beradik, Erma Fatima dan Umie Aida mempunyai seorang adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon dan pernah muncul menerusi drama bersiri popular “Adam dan Hawa”. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga berbakat seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat dinafikan ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang besar.

24 Jan 2016

Pemilik Volkswagen Dapat 'Logo' Baru Selepas Letak Kereta Sesuka Hati

Sunday, January 24, 2016 1 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Bukan sekali dua kita disajikan dengan gambar-gambar viral kenderaan diparkir secara sesuka hati di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

Keadaan ini sekaligus menunjukkan sikap sebenar pemandu atau pemilik kenderaan itu yang tidak suka mengikut peraturan.

Terbaru yang sedang viral di laman-laman sosial adalah gambar sebuah kereta Volkswagen bewarna hitam yang dicat dengan dengan perkataan yang tidak elok maknanya.

Tak semena-mena pemiliknya mendapat satu lagi 'logo' baru di badan kenderaannya.

Mengikut gambar berkenaan, ia dirakamkan pada 18 Januari lalu namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

20 Jan 2016

Fasha Sandha Dan Jejai Sah Bercerai Talak Satu

Wednesday, January 20, 2016 1 Comments
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hubungan rumah tangga pelakon Nur Fasha Sandha binti Hassan, 32 atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha dengan Rizal Ashram Ramli, 40, hari ini telah terlerai selepas disahkan mereka bercerai talak satu.

Jejai dilaporkan telah melafazkan cerai terhadap Fasha di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, penceraiaan talak satu yang dilafazkan oleh Jejai berkenaan direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang. 

Fasha pada Isnin lalu telah menfailkan tuntutan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 27 April 2012 dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.

Follow Us @soratemplates